Latihan AP dan SubAdmin Sistem GPKI 2.0 akan diadakan di setiap zon pada bulan Januari dan Februari 2016 berikutan pelancaran Sistem GPKI 2.0. Objektif Latihan AP dan SubAdmin Sistem GPKI 2.0 adalah: 1-Memberi latihan Sistem GPKI 2.0 kepada Sub Admin dan AP merangkumi a) Pengurusan sijil digital individu b) Pengurusan pentadbir (Pelantikan pentadbir, penamatan peranan pentadbir dan perpindahan jabatan) 2-Meningkatkan pengetahuan Sub Admin dan AP supaya dapat memberi tunjuk ajar kepada pengguna-pengguna dalam permohonan dan pengurusan sijil digital individu di agensi masing-masing. Silibus latihan merangkumi: 1- Pemasangan MAMPU GPKI Agent 2.0 2- Permohonan baharu dan pembaharuan Sijil digital individu a) Pendaftaran pengguna 3- Permohonan pembatalan sijil digital individu dan penggantian sijil digital individu 4-Pengurusan Pentadbir Sistem GPKI a) Permohonan pelantikan pentadbir Berikut adalah perancangan tarikh latihan iaitu: 1- Zon Selatan (Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) - 20-21/12/2016 2- Zon Tengah (Wilayah Persekutuan KL, Negeri Selangor dan sebahagian Negeri Sembilan) - 11-12/1/2017 3- Zon Utara (Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak) - 24-25/1/2017 4- Zon Timur (Negeri Pahang, Trengganu dan Kelantan) - 7-8/2/2017 5- Zon Sabah - 22-23/1/2017 6- Zon Sarawak - 7-8/3/2017
b) Permohonan baharu sijil digital individu
c) Pengesahan permohonan
d) Pengaktifan sijil digital individu
e) Pengujian sijil digital
f) Semakan status permohonan
g) Kemaskini profil
b) Penukaran peranan pentadbir
c) Perpindahan agensi/jabatan
d) Penamatan peranan pentadbir