Arkib Berita dan Peristiwa

Bengkel Agen Perubahan Perkhidmatan MyGPKI Tahun 2022

  • 13-Mac-2023 01:38 PM

Tarikh:   13 - 14 Disember 2022

Lokasi:  Hotel Palm Garden & Le Meridien, Putrajaya

 

Objektif Program


Bertujuan untuk memaklumkan status dan membincangkan isu-isu semasa dalam pelaksanaan perkhidmatan GPKI merangkumi isu operasi dan teknikal antara agensi pusat dengan agensi pelaksana. Ia juga adalah satu platform perkongsian maklumat mengenai perkembangan semasa teknologi dan keselamatan ICT khususnya dalam pelaksanaan Prasarana Kunci Awam Kerajaan (Government Public Key Infrastructure (GPKI)) bersama-sama pihak Sub Admin Pelaksana (SAP).


Pada sesi kali ini,  hasil pelaksanaan Proof-of-Concept (POC) bagi Kajian Kesauran Teknologi Baharu PKI dibentangkan untuk memaklumkan hasil dapatan teknologi dalam implementasi PKI terkini yang telah berjaya diuji pada beberapa Sistem ICT Agensi yang terlibat. 


Perkongsian llmu bagi SIstem ICT Kerajaan telah dibentangkan oleh SAP yang hadir untuk memberi pendedahan serba sedikit mengenai Sistem ICT Kerajaan dalam pemakaian Tandatangan Digital secara holisitik.